rasa lama sgt x update blog.. rasanya macam berhabuk sgt dah..
Sekarang byk tempat kat malaysia nie dah mula ditimpa bencana banjir especially kat Pahang. Mari kt sama2 doakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala dan mangsa2 banjir dapat diberikan bantuan dan meneruskan kehidupan.. InsyaAllah..
Hujung tahun biasanya sinonim dgn musim perkahwinan kan.. Alhamdulillah, ramai kawan yg dah bertemu jodoh masing2 dan telah mendirikan rumah tangga. sorang kawan bertunang pulak hari nie.. seronok je tgk. Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rumah tangga sentiasa dalam suasana sakinah mawaddah warahmah..
cuma yg x bestnya, bila dah graduate n dah keje, soalan yg seakan wajib ditanya x kira masa:
- dah ada calon ke?
- bila nk kahwin?
bila benda macam nie kerap sgt ditanya, stress jgk la kan.. tipu la kalau kata x risau kan.
Kepada yg bertnya, terima kasih sebab ambil berat.. Hanya Allah yang tahu bila waktu yg sesuai.. Cuma, satu yg sy harapkan, iaitu doakan sy bertemu jodoh yg diredhai Allah dan ibu bapa sy serta dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW satu hari nanti.. InsyaAllah..
Apa yg paling penting, kt kena letakkan sepenuh pengharapan kt pada Allah sebab setiap hati manusia tu Allah yang pegang.. bila2 masa je Allah boleh ubah..Allah cuma perlu kata "Kunfayakun" je..
Allah telah mencipta kt sebaik2 kejadian, maka Allah jualah selayaknya yg tahu ciri2 pasangan yang akan melengkapkan kt..Keep believeing and have faith in Allah's plan..
InsyaAllah, kt kena sentiasa bersangka baik pd Allah.. Allah menurut persangkaan hambaNya kan..Perancangan Allah is the best..
Mencari pasangan yg sesuai bukan benda main2. Perlukan "filter" yang betul.. nak cari yang beragama, boleh bimbing kt dan seterusnya bw cinta kt ke Jannah. Cinta yg terbaik semestinya lepas nikah.. Cinta yg halal dan Allah redha..SubhanAllah..
Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,
“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”
Jodoh adalah ketentuan Allah.. InsyaAllah, bila masanya dah tiba, pasti Allah akan pertemukan si "Dia" yg halal buat kt.. Bila, di mana, dgn siapa.. Tu semua rahsia Allah.. Keep on dua.. Bg yg telah berumahtangga, alhamdulillah.. By yg belum, teruskan berdoa, perbaiki diri, berusaha, sabar dan husnuzon dgn perancangan Allah.. InsyaAllah, x perlu risau sgt.. Allah kan ada :-)
By the way, pada 23 Nov 2013 hr tu, aishah dan kwn2 attend majlis perkahwinan kawan lama, Hidayah yg sama sekolah menengah, SMK Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.. Majlis akad nikah dan bersanding pd hari yg sama.. event nie kat Port Dickson, Negeri Sembilan.. Majlis yang sederhana, namun suasanya sgt mendamaikan dan pemuh barakah..
seriously, tu pengalaman first aishah bila dgr akad nikah secara langsung.. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, hidayah menjadi permaisuri hati pasangannya, Ridzuan.. Rasa terharu pulak bila tgk kawan kt nie bertukar status depan mata kt kan.. Alhamdulillah, sunnah Nabi Muhammad SAW terlaksana.. I'm grateful and glad to be a part of your wedding day, hidayah =)
Alhamdulillah, setakat tu je buat kali nie..kebetulan hr ni cuti, boleh la update blog.. update blog smbil dgr lagu afghan jodoh pasti bertemu.. hehe
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kt dunia akhirat. Amin..
With love:
Siti Aishah





























.jpg)












