Assalamualaikum..
Sempena cuti nuzul Al-Quran Jumaat lepas, Ayah bw sy n satu fmly ke Jln Tar n Sogo.. Tempat nie memang syurga membeli belah bg sape yg suka shopping dgn harga yg murah. dah gaya duta Jln TAR pulak.. hehe .. Apa yg penting, jgn la membazir dan mengikut hawa nafsu semata2 masa shopping tu.. peringatan utk diri sy jgk nie..
Tujuan ke sana kiranya nak shopping sikit utk persiapan raya.. sbbnya raya kali ni lebih special dan meriah sbb akan beraya di Sabah ( x sabar ). kebetulan waktu tu cuti, dan confirm hr Jumaat tidak sesibuk hujung minggu, Sabtu dan Ahad, jd kami sekeluarga pun pergi la ke sana guna KTM dan gerak la dari rumah around pkl 10.00 pg macam tu ( Kuang - Bank Negara).
Bila dah turun KTM dan nak gerak ke sogo, ternmpk la beberapa org "
si Pencari Rezeki / Peminta sedekah" sepanjang tangga tu.. Rasanya ramai yg familiar dgn pemandangan nie..
Bila tgk mmg kesian. Tp, mesti ada terlintas juga kat kepala -
boleh percaya ke, x menipu ke ?
Masa jalan dkt laluan tangga, ternampak seorg peminta sedekah siap tunjuk tangan yg luka.. x tahu la dia menipu @ tidak, tp saya sukar nak percaya.. sebabnya, masa jd student kat UKM KL dulu, sy pergi ke sogo dan jln tar dan berjumpa dgn org yg sama dan luka yg sama.. kt pun boleh fikir logik la kan..Wallahualam..
Bila ke sana, sy selalu juga terjumpa sepasang suami isteri kelainan upaya dari segi penglihatan mencari rezeki dgn menyanyi dan mendendangkan lagu2 lama dkt depan sogo .. Depan kedai kain. Saya hormat dgn pasangan suami isteri ni sebab mereka
BERUSAHA mengikut kemampuan yg ada.. For me, they deserve the money for their efforts. thumbs up =)
Ok, firstly apa yg paling penting mestilah berbaik sangka.. tp,
BERBAIK SANGKA DENGAN BERHATI-HATI..
Rasulullah SAW bersabda:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
HR. Muttafaqun alaihi
Jadi, apa2 pun yg berlaku kena berbaik sangka. dulu. berbaik sangka tapi dgn berhati2.. kt kena la consider beberapa faktor sikit sebelum nk memberi sedekah. Walaupun kt dah berbaik sangka, dan katakanlah kt ditipu, sekurang2 nya kt dah dapat
pahala ditipu dan
pahala memberi sedekah.. so chill =)
Perlu utk kt tahu, sedekah bukan bermaksud wang ringgit semata2.. kt pun boleh sedekahkan tenaga kt jika x mampu ( tolong menolong). Sedekah tu ada mcm2 bentuk. Senyum pun sedekah kan.. kalau x mampu nk beri sedekah dlm bentuk wang ringgit, senyumlah.. at least, sejuk mata yg memandang =)
Panduan apabila berdepan dgn situasi mcm nie.. credit kepada
http://shauqiazmi.blogspot.com/2012/05/peminta-sedekah-nak-bagi-ke-tak.htm
Namun, kalau rasa tak mahu ditipu atau diperbodohkan. Boleh ikut cara-cara di bawah.
1. Ikut orang tu pergi beli tiket @ apa-apa yg dia kata nak beli waktu minta duit dengan kita tu.
2. Beli sendiri keperluan orang tu kalau kita mampu.
3. Tanya dia soalan yg sama banyak kali, sampai dia fedup atau beri jawapan yg sama berulang kali.
4. Tanya dia selengkap dan sedalam boleh tentang dia.
5. Waktu bagi duit tu, ikut cara aku cakap dekat brader tu.
cara ckp = "Hm..sebab kita ni sesama Islam, saya bagi. Saya bagi ni, terpulang la dekat abang nak buat ape. Saya tak tahu abang cakap betul ke tak, tu antara abang dengan Allah. Kalau abang tipu pun, terpulang la. Tanggungjawab saya lepas sampai sini je.", aku pun hulurkan duit.
Lepas bagi tu, tawakal jela. Ikhlaskan diri seboleh mungkin. Doa pada Allah, andai benar dia dalam kesulitan, moga Allah bantu dia. Andai dia menipu, doakan moga dia diberi hidayah hasil dari duit kita tu. Hukuman dan balasan itu Allah yg tetapkan. Mudah-mudahan doa orang teraniaya menjadi doa yg mustajab. InsyaAllah.
Amalkan memberi sedekah. Sesungguhnya sedekah itu amalan yg sangat digalakkan.
"Sedekah yg paling baik adalah sedekah yg diberi oleh seseorang yg punya sedikit."
setakat tu perkongsian kali nie.. InsyaAllah, semoga bermanfaat pada semua...
Lots of love
Siti Aishah