Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tahniah pada kawan2 medic yg dah officially grad as a doctor hari nie.. sekalung2 tahniah dan selamat berbakti kpd masyarakat..
rindu pulak dgn zaman belajar sejak kebelakangan nie. waktu bljr, nk kerja.. bila dah kerja, nk belajar balik pulak.. mcm2..
Alhamdulillah,sy dah graduate as an optometrist sejak 28 Oktober 2013 dari UKM dan sekrg telah pun bekerja sebagai optometrist di salah satu syarikat swasta.
zaman belajar dan zaman kerja memang sgt2 berbeza..
waktu belajar, segala tindakan dan teknik cek mata kt akan sentiasa dipantau oleh pensyarah..pesakit yang datang ke klinik optometri pasti sanggup meluangkan masa yang panjang utk cek mata dan dengar segala nasihat berkaitan penjagaan mata..
waktu kerja nie lain sikit.. cx sentiasa nk cepat dan susah utk meluangkan masa utk cek mata dgn lama.. lg pun, kelengkapan peralatan cek mata di klinik dan outlet kedai sgt berbeza.. lg pun, kt kena sentiasa berurusan dgn sikap dan ragam cx yg mcm2..tambahan pula, waktu kerja nie lama sikit berbanding waktu bljr..
tanggungjawab sebagai optometris bila dah kerja nie agak besar sbb kt kena sentiasa yakin dgn setiap preskripsi cermin mata yang kt berikan kepada cx.. lg pun, sgt penting utk kt berikan kesedaran kepada cx mengenai kepentingan pemakaian cermin mata, jenis2 cermin yang ada dalam pasaran dan nasihat berkaitan mata..
kadang2 bila berurusan di outlet nie, sgt susah nak buatkan cx especially ibu bapa utk faham yg anak mereka kena pakai cermin mata.. contoh2 dalam situasi mcm nie:
situasi 1
A : kak, anak akak perlu pakai cermin mata nie..lgpun power rabun dan power silau pun tinggi.. kalau x pakai cermin mata, nanti mata anak akak sentiasa kabur, susah nak belajar waktu sekolah..
customer
1: nanti bila anak akak pakai cermin mata, x nampak handsome..
2: x pe la dik, cermin mata mahal sgt la.. lg pun, dia kecik lg.. x perlu pakai cermin mata
3: anak akak dh pakai cermin mata terapi ( yang berlubang byk), nanti turun la power dia..
ni antara respons2 yg kerap sgt sy dgr sepnjg bekerja nie. apa yg buat sy kecewa, bila anak mengadu x nampak dlm kelas, ada ibu bapa yg buat endah x endah je.. bila cek power mata, ada antaranya dah rabun sampai 400 baru nak pakai cermin mata..
x dinafikan ada ibu bapa yg concern mengenai mata anak mereka. ada antara mereka tahu serba sedikit mengenai mata malas ( ambliopia).. its quite impressive bila mereka tahu serba sedikit mengenai keadaan nie..
bila kanak2 x pakai cermin mata, berkemungkinan boleh menyebabkan mata malas ( ambliopia).. tahap penglihatan masih boleh diperbaiki sekiranya tahu lebih awal..
keberkesanan cermin mata terapi, wallahualam.. so far, based on yg sy belajar, lubang pada cermin mata tu hanya akan mengehadkn cahaya yg masuk dlm mata.. sebab tu nmpk lebih jelas.. utk penurunan power, biasanya boleh berlaku pd golongan lanjut usia apabila rabun dekat dh ada..lg pun, x de pulak sy jumpa artikel saintifik mengenai penurunan power nie.. wallahualam
situasi 2
customer : kenapa semua cermin mahal2 ? x ada yg murah ke? saya nak yg murah je..
-cermin yg ada di pasaran ada macam2 design.. penting utk kt tahu, jika design tu lebih baik, maka harganya pun mahal sikit especially cermin utk rabun jauh dan dekat ( multifokal).. ruang penggunaan adalah lebih luas..sama la situasi bila kt nak beli brg berjenama sikit.. harga mahal tapi produk berkualiti..good things come with good price kan..
cermin yg berkualiti akan tahan lebih lama.. bila ada lapisan coating pada cermin, akan lebih tahan calar. kdg2 kecewa jugak bila tgk cx tu byk belanja pada alat2 gadget seperti hp, tp x sanggup belanja lebih sikit utk sepasang mata yg berharga ni.
p/s: setakat nie coretan kali nie..
- doakan sy sebagai optometris yang mampu berikan ilmu dan kesedaran pd komuniti..
- semoga org ramai akan lebih sedar mengenai penjagaan mata.. InsyaAllah..
till then, Assalamualaikum..
siti aishah