Monday, 7 July 2014

GAZA diserang lagi..

Assalamualaikum..

Dah lama sgt x update blog.. Pejam celik pejam celik kt dah berada dlm pertengahan Ramadhan kan.. sekejap sgt masa berlalu..

Semalam dgr berita, Gaza diserang lagi.. sedihnya dengar mengenai "peperangan" yang x tahu bila akan habis. Peperangan yg memang berat sebelah.. Satu pihak bersenjatakan kereta kebal, roket, senjata canggih manakala satu pihak lg cuma mampu bersenjatakan batu dan doa.. this is so unfair..



Rasa sedih bila tgk saudara seagama kt diserang setiap hari. Kita tidur nyenyak x de bunyi bising, tp mereka tidur bertemankan bedilan roket dan bom. Kita mewah dengan makanan sampai membazir, tapi mereka makan apa yang ada atau x makan langsung. negara kt lengkap dgn bangunan dan sistem persekolahan yang baik, mereka x punya bangunan indah dan x boleh nk sekolah pun. Astaghfirullahalazimm, sampainya hati mereka ya Allah. Walaupun berlainan agama dan bangsa, itu bukannya syarat bagi mereka utk serang sesuka hati. Saya asyik terfikir, di mana nilai perikemanusiaan mereka? Di mana nilainya nyawa? Kesian pada wanita dan kanak2 yang menjadi mangsa.  they are too helpless. I just can't imagine how rotten their hearts are.. x ada rasa belas kasihan lgsg. Mereka terpenjara dalam negara mereka sendiri..







Allah menguji umatnya sesuai dgn kemampuan masing2.. Sungguh kuat iman mereka sehingga duji dgn begitu hebat. Apa lah sgt jika nak dibandingkan dengan iman kita yang nipis macam kulit bawang. Negara kita tak diserang dgn bom atau roket, tp negara kt diuji dgn byknya hiburan melampau serta kes jenayah yang x pernah masuk dek akal. contoh terdekat, ayah pukul anak sampai anak meninggal dunia sebab mahu bekerja mencari rezeki. Betapa egonya insan yang x layak langsung digelar bapa. Jawablah dgn Allah Taala dan tunggu pembalasanNya 


Dan Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )


Ya Allah, the Gaza people are the true warriors, the true fighters. May Allah bless each of them with the highest Jannah.. Amin. This is a world issue.. Everyone should know about this issue regardless of religion, races and country. Isu ini lebih penting daripada politik Malaysia yang x habis2 dgn perebutan kuasa, rasuah dan lain2.

Bila saudara seagama kita diperlakukan sebegini, apa yang kita rasa? sdih, geram, marah semua ada kan.. seterusnya, apa peranan kita? apa yang boleh dilakukan?

Sebagai muslim, kt ada senjata paling kuat iaitu DOA. Doa kt pasti akan dimakbulkan.. cepat atau lambat sahaja.. Ayuh kt panjatkan doa bertalu-talu utk saudara2 kte yang ditindas. 

Allah Berfirman,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al-Baqarah: 186) 


Abu Hurairah ra. berkata bahwa Nabi saw. bersabda,
"Doa seorang hamba akan senantiasa dikabulkan, selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pemutusan hubungan (silaturrahmi) dan selama tidak minta dipercepat." Ada seorang bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan minta dipercepat itu?" Beliau pun menjawab, "(Yaitu) ia berkata: 'Aku sudah berdoa dan terus berdoa tetapi beium pernah aku melihat doaku dikabulkan.' Maka pada saat itu ia merasa letih dan tidak mau berdoa lagi." (HR.Muslim) 


Janganlah kita putus asa dalam berdoa..peringatan utk diri sendiri juga.Setiap kali lepas solat, selain doa utk diri sendiri dan keluarga kte, selitkan juga doa utk saudara2 kita d Gaza. Berdoalah seikhlas hati kita walau di mana pun kita berada, x kira waktu pun.. lebih2 lagi sekarang, bulan Ramadhan.. Bulan berkat.. bulan mustajabnya doa..do'a is very poweful especially in Ramadhan. Ambil kesempatan ini utk berdoa tak kira siapa pun anda dan walau apa pun gelaran atau pangkat yg ada.. semoga usaha ini menjadi 'wake-up call utk saya dan pembaca..





Lots of love, 
Siti Aishah





Wednesday, 16 April 2014

Zaman belajar VS zaman kerja..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahniah pada kawan2 medic yg dah officially grad as a doctor hari nie.. sekalung2 tahniah dan selamat berbakti kpd masyarakat..

rindu pulak dgn zaman belajar sejak kebelakangan nie. waktu bljr, nk kerja.. bila dah kerja, nk belajar balik pulak.. mcm2..

Alhamdulillah,sy dah graduate as an optometrist sejak 28 Oktober 2013 dari UKM dan sekrg telah pun bekerja sebagai optometrist di salah satu syarikat swasta.

zaman belajar dan zaman kerja memang sgt2 berbeza..

waktu belajar, segala tindakan dan teknik cek mata kt akan sentiasa dipantau oleh pensyarah..pesakit yang datang ke klinik optometri pasti sanggup meluangkan masa yang panjang utk cek mata dan dengar segala nasihat berkaitan penjagaan mata..

waktu kerja nie lain sikit.. cx sentiasa nk cepat dan susah utk meluangkan masa utk cek mata dgn lama.. lg pun, kelengkapan peralatan cek mata di klinik dan outlet kedai sgt berbeza.. lg pun, kt kena sentiasa berurusan dgn sikap dan ragam cx yg mcm2..tambahan pula, waktu kerja nie lama sikit berbanding waktu bljr..

tanggungjawab sebagai optometris bila dah kerja nie agak besar sbb kt kena sentiasa yakin dgn setiap preskripsi cermin mata yang kt berikan kepada cx.. lg pun, sgt penting utk kt berikan kesedaran kepada cx mengenai kepentingan pemakaian cermin mata, jenis2 cermin yang ada dalam pasaran dan nasihat berkaitan mata..

kadang2 bila berurusan di outlet nie, sgt susah nak buatkan cx especially ibu bapa utk faham yg anak mereka kena pakai cermin mata.. contoh2 dalam situasi mcm nie:


situasi 1

A : kak, anak akak perlu pakai cermin mata nie..lgpun power rabun dan power silau pun tinggi.. kalau x         pakai cermin mata, nanti mata anak akak sentiasa kabur, susah nak belajar waktu sekolah..

customer 

1:  nanti bila anak akak pakai cermin mata, x nampak handsome..

2:  x pe la dik, cermin mata mahal sgt la.. lg pun, dia kecik lg.. x perlu pakai cermin mata

3:  anak akak dh pakai cermin mata terapi ( yang berlubang byk), nanti turun la power dia..

ni antara respons2 yg kerap sgt sy dgr sepnjg bekerja nie. apa yg buat sy kecewa, bila anak mengadu x nampak dlm kelas, ada ibu bapa yg buat endah x endah je.. bila cek power mata, ada antaranya dah rabun sampai 400 baru nak pakai cermin mata..

x dinafikan ada ibu bapa yg concern mengenai mata anak mereka. ada antara mereka tahu serba sedikit mengenai mata malas ( ambliopia).. its quite impressive bila mereka tahu serba sedikit mengenai keadaan nie..

bila kanak2 x pakai cermin mata, berkemungkinan boleh menyebabkan mata malas ( ambliopia).. tahap penglihatan masih boleh diperbaiki sekiranya tahu lebih awal..

keberkesanan  cermin mata terapi, wallahualam.. so far, based on yg sy belajar, lubang pada cermin mata tu hanya akan mengehadkn cahaya yg masuk dlm mata.. sebab tu nmpk lebih jelas.. utk penurunan power, biasanya boleh berlaku pd golongan lanjut usia apabila rabun dekat dh ada..lg pun, x de pulak sy jumpa artikel saintifik mengenai penurunan power nie.. wallahualam



situasi 2

customer : kenapa semua cermin mahal2 ? x ada yg murah ke? saya nak yg murah je..

-cermin yg ada di pasaran ada macam2 design.. penting utk kt tahu, jika design tu lebih baik, maka harganya pun mahal sikit especially  cermin utk rabun jauh dan dekat ( multifokal)..  ruang penggunaan  adalah lebih luas..sama la situasi bila kt nak beli brg berjenama sikit.. harga mahal  tapi produk berkualiti..good things come with good price kan..

cermin yg berkualiti akan tahan lebih lama.. bila ada lapisan coating pada cermin, akan lebih tahan calar. kdg2 kecewa jugak bila tgk cx tu byk belanja pada alat2 gadget seperti hp, tp x sanggup belanja lebih sikit utk sepasang mata yg berharga ni.



p/s: setakat nie coretan kali nie..

- doakan sy sebagai optometris yang mampu berikan ilmu dan kesedaran pd komuniti..
- semoga org ramai akan lebih sedar mengenai penjagaan mata.. InsyaAllah..

till then, Assalamualaikum..

siti aishah







Saturday, 7 December 2013

Cinta, Kahwin......

Assalamualaikum,
rasa lama sgt x update blog.. rasanya macam berhabuk sgt dah..

Sekarang byk tempat kat malaysia nie dah mula ditimpa bencana banjir especially kat Pahang. Mari kt sama2 doakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala dan mangsa2 banjir dapat diberikan bantuan dan meneruskan kehidupan.. InsyaAllah..

Hujung tahun biasanya sinonim dgn musim perkahwinan kan.. Alhamdulillah, ramai kawan yg dah bertemu jodoh masing2 dan telah mendirikan rumah tangga. sorang kawan bertunang pulak hari nie.. seronok je tgk. Semoga Allah melimpahkan kebahagiaan berpanjangan dan rumah tangga sentiasa dalam suasana sakinah mawaddah warahmah..

cuma yg x bestnya, bila dah graduate n dah keje, soalan yg seakan wajib ditanya x kira masa:

- dah ada calon ke?
- bila nk kahwin?

bila benda macam nie kerap sgt ditanya, stress jgk la kan.. tipu la kalau kata x risau kan.

Kepada yg bertnya, terima kasih sebab ambil berat.. Hanya Allah yang tahu bila waktu yg sesuai.. Cuma, satu yg sy harapkan, iaitu doakan sy bertemu jodoh yg diredhai Allah dan ibu bapa sy serta dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW satu hari nanti.. InsyaAllah..

Apa yg paling penting, kt kena letakkan sepenuh pengharapan kt pada Allah sebab setiap hati manusia tu Allah yang pegang.. bila2 masa je Allah boleh ubah..Allah cuma perlu kata "Kunfayakun" je..

Allah telah mencipta kt sebaik2 kejadian, maka Allah jualah selayaknya yg tahu ciri2 pasangan yang akan melengkapkan kt..Keep believeing and have faith in Allah's plan..

InsyaAllah, kt kena sentiasa bersangka baik pd Allah.. Allah menurut persangkaan hambaNya kan..Perancangan Allah is the best..

Mencari pasangan yg sesuai bukan benda main2. Perlukan "filter" yang betul.. nak cari yang beragama, boleh bimbing kt dan seterusnya bw cinta kt ke Jannah. Cinta yg terbaik semestinya lepas nikah.. Cinta yg halal dan Allah redha..SubhanAllah..

Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,
“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”




Jodoh adalah ketentuan Allah.. InsyaAllah, bila masanya dah tiba, pasti Allah akan pertemukan si "Dia" yg halal buat kt.. Bila, di mana, dgn siapa.. Tu semua rahsia Allah.. Keep on dua.. Bg yg telah berumahtangga, alhamdulillah.. By yg belum, teruskan berdoa, perbaiki diri, berusaha, sabar dan husnuzon dgn perancangan Allah.. InsyaAllah, x perlu risau sgt.. Allah kan ada :-)

By the way, pada 23 Nov 2013 hr tu, aishah dan kwn2 attend majlis perkahwinan kawan lama, Hidayah yg sama sekolah menengah, SMK Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.. Majlis akad nikah dan bersanding pd hari yg sama.. event nie kat Port Dickson, Negeri Sembilan.. Majlis yang sederhana, namun suasanya sgt mendamaikan dan pemuh barakah..

seriously, tu pengalaman first aishah bila dgr akad nikah secara langsung.. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, hidayah menjadi permaisuri hati pasangannya, Ridzuan.. Rasa terharu pulak bila tgk kawan kt nie bertukar status depan mata kt kan.. Alhamdulillah, sunnah Nabi Muhammad SAW terlaksana.. I'm grateful and glad to be a part of your wedding day, hidayah =)




Alhamdulillah, setakat tu je buat kali nie..kebetulan hr ni cuti, boleh la update blog.. update blog smbil dgr lagu afghan jodoh pasti bertemu.. hehe

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kt dunia akhirat. Amin..

With love:

Siti Aishah 














Thursday, 1 August 2013

Senangnya Youtube MP3

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

semlm aishah dah update blog.. hr nie update lg .. hehe.. time dtg rajin nk update, mmg rajin.. lg pun, x sibuk skrg sbb x kerja lg.. InsyaAllah, bulan 9 nie bru strt kerja.. 

semlm dah share pasal virtual diary.. hr nie, nak share mengenai satu appliction kat internet.. rasanya application nie ramai dah tahu dan ramai juga yg dah guna.. application nie aishah dpt tahu pun dari adik ke 4.. kakaknya nie mmg ketinggalan sikit dlm benda2 teknologi.. yelah, aishah ada laman sosial yg basic2 je pun - facebook, twitter, instagram.. tu je lah.. x pandai nk main2 wechat, line, kakao talk n mcm2 lg.. x pe la hehe.

Application nie kt panggil YoutubeMp3.. seriously, senang je nak guna.. kt cuma perlu ada internet ( semestinya) dan link url.. tp, application nie pun ada limitation jgk.. application nie x boleh guna pada video yg ada copyright dan melebihi 20 minit..

memandangkan skrg nie dah nk dekat raya, kurang seminggu je kan, aishah nk tunjukkan download satu lagu raya.. ye lah, boleh masuk dalam hp dan mp3 player.. boleh dgr masa balik kmpg.. mcm2 boleh download, bacaan Al-Quran, bacaan doa, nasyid, dan lagu2 dr pelbagai genre..

lagu yg kt nk download nie lagu raya dr M.Nasir -Satu hari di hari raya.. 

mula2 pg youtube, pilih lagu dan copy link url seperti yg telah dibulatkan..





lepas tu, google Youtube to mp3 converter.. akan kluar page mcm kat bwh nie.. Masukkan link url yg telah kt copy ke dalam kotak tu.. tekan convert video..  Nanti akan kluar satu statement yg mengatakan "video successfully converted to mp3.. lepas tu boleh download mcm biasa. Untuk download, aishah guna Internet Download Manager sbb mudah dan cepat..


Inilah hasilnya.. lagu dr youtube dan telah diubah ke bentuk mp3.. selamat mencuba =)


p/s: esok aishah n family nk balik kpg di Sandakan.. Doakan flight dan perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan dan selamat 


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan batin 
=)



Till then, Assalamualaikum..

Lots of love


Siti Aishah

Wednesday, 31 July 2013

Virtual Diary

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Hari nie aishah nak share sikit.. satu software  yg aishah dah guna sejak 4 bulan lepas.. aishah strt pakai software nie masa awal sem tahun 4.. sebelum nie aishah pernah ada diary.. tp, bila tulis diary kat buku rasa mcm x selamat pulak.. sbb tu saje la google.. at last, jumpa software yg best dan seronok jugak la..


kebanyakan drpd kita mesti ada diary kan.. knp ramai di klgn kt suka tulis diary? dgn menggunakan diary, kt boleh luahkan segala apa yg terbuku kat hati, kt boleh take note peristiwa2 penting yg berlaku dlm hidup dan lain2.. mcm2 fungsi sebenarnya.. terpulang pd kt utk gunakan diary tu kan..

nie la software yg aishah guna..  software nie kt boleh download dan boleh gunakan mcm diary.. boleh jimat kos.. x perlu beli buku diary yg mahal2.. mmg jimat.. boleh tekan kat imej tu untuk lihat lebih jelas lg


Apa yg plg best dan aishah suka dgn software nie sbb diary nie free download.. siap ada security password.. so, rasa secure sikit kan segala rahsia2 tu.. hehe.. byk juga feature2 lain yg boleh kt dapati drpd software diary nie.. kt boleh letak gmbr, video dlm diary..boleh la explore nanti..



bila kt dah masukkan password, kt akan dpt lihat rupa diary tu mcm nie .



perkataan Assalamualaikum dan imej tu aishah yg masukkan.. ada kalendar, boleh tukar2 format tulisan dan mcm2 lg..

byk advantage guna diary nie.. sape yg rasa nak ada kelainan bila nk tulis diary, mybe can check out this software.. selamat ber"explore".. semoga memberi manfaat bersama =)

Till then, Assalamualaikum..

Lots of love

Siti Aishah










Saturday, 27 July 2013

Kisah si Pencari Rezeki..

Assalamualaikum..

Sempena cuti nuzul Al-Quran Jumaat lepas, Ayah bw sy n satu fmly ke Jln Tar n Sogo.. Tempat nie memang syurga membeli belah bg sape yg suka shopping dgn harga yg murah. dah gaya duta Jln TAR pulak.. hehe .. Apa yg penting, jgn la membazir dan mengikut hawa nafsu semata2 masa shopping tu.. peringatan utk diri sy jgk nie..


Tujuan ke sana kiranya nak shopping sikit utk persiapan raya.. sbbnya raya kali ni lebih special dan meriah sbb akan beraya di Sabah ( x sabar ). kebetulan waktu tu cuti, dan confirm hr Jumaat tidak sesibuk hujung minggu, Sabtu dan Ahad, jd kami sekeluarga pun pergi la ke sana guna KTM dan gerak la dari rumah around pkl 10.00 pg macam tu ( Kuang - Bank Negara).


Bila dah turun KTM dan nak gerak ke sogo, ternmpk la beberapa org "si Pencari Rezeki / Peminta sedekah" sepanjang tangga tu.. Rasanya ramai yg familiar dgn pemandangan nie..

Bila tgk mmg kesian. Tp, mesti ada terlintas juga kat kepala - boleh percaya ke, x menipu ke ?


Masa jalan dkt laluan tangga, ternampak seorg peminta sedekah siap tunjuk tangan yg luka.. x tahu la dia menipu @ tidak, tp saya sukar nak percaya.. sebabnya, masa jd student kat UKM KL dulu, sy pergi ke sogo dan jln tar dan berjumpa dgn org yg sama dan luka yg sama.. kt pun boleh fikir logik la kan..Wallahualam..


Bila ke sana, sy selalu juga terjumpa sepasang suami isteri kelainan upaya dari segi penglihatan mencari rezeki dgn menyanyi dan mendendangkan lagu2 lama dkt depan sogo .. Depan kedai kain. Saya hormat dgn pasangan suami isteri ni sebab mereka BERUSAHA mengikut kemampuan yg ada.. For me, they deserve the money for their efforts. thumbs up =)



Ok, firstly apa yg paling penting mestilah berbaik sangka.. tp, BERBAIK SANGKA DENGAN BERHATI-HATI.. 


Rasulullah SAW bersabda:
 "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" 

HR. Muttafaqun alaihi 


Jadi, apa2 pun yg berlaku kena berbaik sangka. dulu. berbaik sangka tapi dgn berhati2.. kt kena la consider beberapa faktor sikit sebelum nk memberi sedekah. Walaupun kt dah berbaik sangka, dan katakanlah kt ditipu, sekurang2 nya kt dah dapat pahala ditipu dan pahala memberi sedekah.. so chill =)

Perlu utk kt tahu, sedekah bukan bermaksud wang ringgit semata2.. kt pun boleh sedekahkan tenaga kt jika x mampu ( tolong menolong). Sedekah tu ada mcm2 bentuk.  Senyum pun sedekah kan.. kalau x mampu nk beri sedekah dlm bentuk wang ringgit, senyumlah.. at least, sejuk mata yg memandang =)







Panduan apabila berdepan dgn situasi mcm nie.. credit kepada http://shauqiazmi.blogspot.com/2012/05/peminta-sedekah-nak-bagi-ke-tak.htm


Namun, kalau rasa tak mahu ditipu atau diperbodohkan. Boleh ikut cara-cara di bawah.

1. Ikut orang tu pergi beli tiket @ apa-apa yg dia kata nak beli waktu minta duit dengan kita tu.

2. Beli sendiri keperluan orang tu kalau kita mampu.

3. Tanya dia soalan yg sama banyak kali, sampai dia fedup atau beri jawapan yg sama berulang kali.

4. Tanya dia selengkap dan sedalam boleh tentang dia.

5. Waktu bagi duit tu, ikut cara aku cakap dekat brader tu.

cara ckp = "Hm..sebab kita ni sesama Islam, saya bagi. Saya bagi ni, terpulang la dekat abang nak buat ape. Saya tak tahu abang cakap betul ke tak, tu antara abang dengan Allah. Kalau abang tipu pun, terpulang la. Tanggungjawab saya lepas sampai sini je.", aku pun hulurkan duit.

Lepas bagi tu, tawakal jela. Ikhlaskan diri seboleh mungkin. Doa pada Allah, andai benar dia dalam kesulitan, moga Allah bantu dia. Andai dia menipu, doakan moga dia diberi hidayah hasil dari duit kita tu. Hukuman dan balasan itu Allah yg tetapkan. Mudah-mudahan doa orang teraniaya menjadi doa yg mustajab. InsyaAllah.

Amalkan memberi sedekah. Sesungguhnya sedekah itu amalan yg sangat digalakkan.

"Sedekah yg paling baik adalah sedekah yg diberi oleh seseorang yg punya sedikit."






setakat tu perkongsian kali nie.. InsyaAllah, semoga bermanfaat pada semua...


Lots of love

Siti Aishah 



















Tuesday, 23 July 2013

Seni yg comel..

Assalamualaikum,..

Hari nie nak kongsi sikit satu laman web yg comel. comel la.. setiap lukisan tu, perkataan2 pd lukisan tu comel2 belaka.. mostly, lukisan tu describe realiti kehidupan.

Laman web seni yg comel nie http://chibird.com/

Antara lukisan2 seni yg comel nie:










comel kan.. boleh la layari laman web yg sy suggest td..

These arts made my day =)

Lots of love

Siti Aishah