Tuesday, 10 March 2015

Atmosphere 360


Assalamualaikum, readers.

It has been a while.. lama x update cerita terbaru dlm blog ye. Ni pun curi-curi masa waktu cuti untuk update perkembangan terbaru..

Alhamdulillah, 16 Februari 2015 hr tu, the trios ( saya, Kak Ros dan christina) pergi makan di restoran yg sgt ekslusif di Kuala Lumpur..Teringin pulak rasanya jadi VVIP. It was unexpected plan pun.. Plan gitu2 je, tapi menjadi jgk. 

So, here story sharing session.. Tempat yg sgt ekslusif tu di Revolving Restaurant, Menara Kuala Lumpur..  wuhuu.. sampai jugak ke sini ye.. last visit pun masa tadika. Bayangkan dah berapa puluh tahun lepas.. lama betul tu. 

Menara Kuala Lumpur, salah satu tempat simbolik yang melambangkan Malaysia dengan ketinggian 282m.  Kami ke Menara Kuala Lumpur dgn menggunakan pengangkutan awam.. sgt eco friendly ok... perjalanan dr rawang- kl sentral- bukit nanas.. Sampai ke bukit nanas, kena  jalan jauh lagi. sempat la jugak exercise, burn all the bad calories, pas tu bru smpi ke menara kl, kat sana top up energy balik utk makan puas2.. Sampai je kat pintu pagar menara KL, nasib baik la ada shuttle bas bawak naik ke atas.. fuh, lega..

so, all the ladies out there yg nak naik public transport utk ke sini pada waktu malam, elok la berteman ye. 
Kami makan kat atas


Sampai kat sana, kami terus ke kaunter pertanyaan. Bagi sesiapa yg berminat untuk menikmati suasana makan malam di sini, it is advisable utk beli tiket secara online awal2 ye..better seminggu awal sbb restoran nie selalunya fully booked even on weekdays.. kaau terus dtg walk in, x semestinya boleh makan terus. kena jadi waiting list..

Untuk naik ke atas menara Kuala Lumpur, ada 2 pakej.. sama ada naik atas utk terus pergi ke observatory deck atau observatory deck + revolving restaurant.. harga utk 2 pakej mmg berbeza..Untuk satu org makan, harga RM179++.. jadi siap2 la bawa duit lebih ye.. utk observatory deck sahaja RM70++ satu org.. jom la kt menabung awal2 kalau nak ke sana lagi. Gambar kat bawah ni di observatory deck.
tgh menghendap apa ntah 

excited =)

kagum dgn view



Untuk bahagian makanan pula, utk menu dinner, kami disajikan dgn sajian ala carte.. ada Western n Malay fusion. macam2 ada.. dari makanan berat kepada dessert.. Makanan ok la.. boleh tahan.. Alhamdulillah, kenyang la jugak malam tu..  Sambil makan, siap ada pianist mainkan piano lagi.. wau, romantik sgt.. what I can conclude, kt bayar mahal utk amazing view tu.. view satu Kuala Lumpur dari ketinggian 282m. kena dtg at least sekali dan rasa pengalaman tu especially utk special event mcm birthday atau anniversary.









Restoran ni tutup pukul 11 malam ye.. Seronok juga sekali sekala dpt bagi reward pada diri sendiri setelah penat bekerja.. Its worth to explore the world outside you..  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal restoran ni, feel free to visit the website http://www.atmosphere360.com.my/..


Till then,


Assalamualaikum

Lots of love 

Siti Aishah 








Tuesday, 16 December 2014

Diagnosis

Assalamualaikum, 

Hari nie rasa sgt excited nak review satu buku.. buku terlaris di PBAKL 2014.. woot, dahsyat tak.. 

Title of the book : DIAGNOSIS


Tajuk yg simple, satu perkataan je tapi buku ni sgt menarik dan sgt fresh.. Kalau nak lari dari genre novel cinta yg sgt cliche dan berlambak kat Malaysia nie, Diagnosis is definitely a correct option. Ye lah, kalau asyik disuap dgn cinta kontrak, cinta dua darjat, cinta terhalang, cinta, cinta etc, tentu muak kan.. So guys, this book is a MUST read..


Buku nie sbnrnya adik yg punya.. Dia yg excited suruh baca sbb dia kata best.. satu hari tu, x tahu nak buat apa kan, kehidupan single la katakan,  ambil la jugak buku nie, terus melekat baca ok.. satu hari pun dah habis.. Dulu masa belajar, boleh la habiskan satu novel tu sehari semalam. Semenjak dah kerja nie, seriusly tak ada masa terluang sgt.. masa terluang pun masa cuti la kan. 

 Jom kt mula cerita mengenai buku ni serba sedikit ye 

Muka depan 

Muka belakang 

Buku nie ditulis oleh 3 orang doktor yg sgt hebat.. Walaupun sibuk bekerja sbg doktor, tapi masih boleh hasilkan karya yg hebat mcm nie.. they deserves big claps.. Buku nie simple je.. buku nie bukan kisah novel meleret, tapi semuanya cerita pendek2 je berdasarkan kehidupan realiti mereka sebagai doktor.. Walaupun kt nie bukan doktor, boleh baca ok.. buku ni utk bacaan umum.. kalau ada bahasa saintifik tu, akan disertakan sekali dgn maksud bahasa saintifik tu..so, no worries.. 


Contoh cerita yg buat saya sgt tersentuh adalah mengenai pengorbanan seorg isteri menjaga suaminya.. Dalam tempoh yg sama, si isteri menolong suami utk menjaga solat dgn menolong suami mengambil wudhu di katil pesakit.. so touching dan sgt terharu.. so guys, dari sini kt nampak penulis nak menekankan betapa pentingnya solat tu sebagai perantara hubungan kt dgn Allah walau apa keadaan sekali pun.. Jom kt sama2 berusaha jaga solat kt ye, sy pun masih byk kekurangan.. InsyaAllah.. Ada byk lagi cerita dlm buku nie: cerita pakcik pakai susuk besi, cerita denggi vs dengki, cerita perkahwinan dan lain2. nak tahu, kena la baca sendiri.. =P


Apa yg buat saya kagum dgn mereka adalah niat mereka utk menjadi doktor bukanlah sebab nak berlagak, glamour dan rasa hebat, tapi mereka jadi doktor sbb ibadah.. betul2 ikhlaskan niat kerana Allah Taala..  apa yg menariknya dalam setiap satu cerpen, mesti akan diselitkan satu ayat Al-Quran atau hadis berkaitan dgn situasi sebenar masa tu.   Kena niatkan apa pun kerana Allah.. Automatik jadi ibadah kan,,Buku nie sgt santai, olahan penulisan sgt kemas dan segar dan sgt memberi inspirasi.. 


Kawan2, jgn lupa dptkan buku ni di kedai buku berdekatan

sy bagi 10 bintang  dr 10 bintang.. sgt puas hati, ok..=)

DIAGNOSIS
Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Dubook Press 
142 Muka surat 

p/s: tak sabar nak tunggu Diagnosis 2.. terbaik.. 

till then, Assalamualaikum 

Lots of love:
Siti Aishah 

















Tuesday, 9 December 2014

Graduation + Short Trip



 Assalamualaikum, readers..

1 Disember 2014, UITM Shah Alam

Tarikh bermakna utk sepupu saya nur miati, since it is her graduation day.. Tahniah kpd miati..
Alhamdulillah.. all the struggles worth it. Jauh datang dari Kota Kinabalu utk graduation. semoga berjaya dalam bidang pekerjaan pula.. InsyaAllah


 we're happy
We're happy 




Selepas dh hbs acara konvokesyen dan acara pemulangan jubah, saya dan family decided nak bawa mereka jalan2 d Kuala Lumpur dan makan2. so, for a short trip kami sekeluarga pg ke KLCC.. lama betul x pg KLCC.. last pg pun masa zaman universiti masa ada program..  Pemandangan KLCC pada waktu malam tersgt la cantik.. dgn pertnjukan air pancut yg ikut irama lagu.. so fascinating. Kami solat maghrib dan isyak di Masjid As-Syakirin, KLCC.. View dari luar ada rupa masjid di Madinah.. 


Masjid yang cukup indah










air pancut yg sgt mengasyikkan 


muka penat dan happy at the same time 

Lepas dah puas jalan2 di KLCC, kami sekeluarga menikmati makan malam di Nailis yg terletak di Sentul. Restoran ni x jauh sgt.. Makanan yg disediakan pun ada macam2 pilihan.. Dari makanan western, malay dan macam2 lg.. servis cepat. makanan sedap.. decoration restoran pun cantik dan harga sgt berpatutan.. Owner restauran ni org Islam. Jadi, makanan halal x jadi isu..

restoran nailis dari luar 

decoration dalam yg unik 


sebelum makan  
selepas makan.. ketara sgt lapar, tinggal tulang2 je 

Lepas dah habis2 makan, kami pun bertolak ke Rawang.. Letih seluruh anggota badan sebab seharian berjalan.. Tapi, sgt  berbaloi sbb masa2 berharga dapat dihabiskan sehabis baik bersama family tercinta.. Hargai lah masa terluang yg ada.. 

I think thats all for today.. InsyaAllah, till we meet again for the next post..


Lots of Love

Siti Aishah 














Thursday, 20 November 2014

Annual Grand Dinner Focus Point 25th years

Here's a great story to be share to all

Last week, Focus Point telah menganjurkan annual grand dinner di Majestic Hotel, Kuala Lumpur..Dinner nie melibatkan semua staf pekerja Focus Point satu Malaysia.. Hotel tu pun quite ok.. Lokasinya pun agak strategik.. di tengah2 ibu kota. walaupun sesat sekejap, tapi akhirnya jumpa jugak.. Big clap for me since I'm the driver on that day.. yeay.. and parking fee utk Majestic Hotel pun quite affordable jugak.. RM10 per entry.. kira berbaloi jugak sbb ada certain hotel yg charge RM6 per hour.. mahalnya ..

So here a few pictures on that day






So, menu of the day lebih kepada chinese + western fusion. Makanan quite ok, cuma ada certain makanan yg x berkenan di hati.. yelah, semua org ada cita rasa masing2 kan. whatever it is, the food and service quite ok..

with beautiful ladies..

Staff of Tesco Rawang ( k.ekin nak pindah dah.. sob2) 

muka x sabar nak makan 

3 ladies 

With Optom buddies.. dah macam reunion rasanya.. how i miss my study time 

Bersama ana yg comel,  coursemate.. dh jadi colleague mate pulak





bersama atin yg comel, my junior optometrist

Seronok jg berdinner besar mcm nie sbb ramai kawan2 dr satu company yg kt jumpa.. dpt jumpa senior masa UKM dulu, Kak Ala dan abg ammar, tp x sempat nk ambil gmbr..

A big clap for the company, Focus Point Vision Care sbb anjurkan dinner yg meriah jg.. Of course, setiap majlis tu ada lebih dan kurang.. But, boleh improve lg next time.. Dinner mcm nie mmg perlu as a boost utk staff kerja lebih baik dan staff akan rasa lebih dihargai..

For readers, bila nak cek mata, jumpa la optometrist anda yg bertauliah ye.. Ramai optometrist yg kerja kat Focus Point.. You can find us there.. Siap promote pulak.. hehe..

So, thats all.. happy reading and till we meet again for next post.. InsyaAllah..


Lots of Love

Siti Aishah









Tuesday, 21 October 2014

Short trip 2 days 1 Night - Ipoh, Perak



Assalamualaikum, readers..

Its been a while.. So, I'm very excited to share my experience 2 days 1 night to Ipoh, Perak. with beloved colleague: Kak Ros, Kak Ekin dan Christina 


15 dan 16 oktober 2014.. tarikh yg dah lama sy dan rakan2 plan utk ke Lost World of Tambun. Alhamdulillah, walau pun mcm2 aral melintang, namun plan tetap jadi.. Salah satu tips yg mudah masa travelling yg singkat mcm nie, better siap2 kan seminggu awal urusan utk book hotel, beli tiket, servis kereta, cari coordinate tempt yg nak dituju serta senarai brg2 yg nk dibawa

It was 2 days 1 night trip.. A short trip, tp sgt pack.. rasa sgt setiap masa tu terisi dgn sgt berfaedah..

Dlm pukul 10, kami berempat bertolak dari Rawang dan tiba di Ipoh dalam pukul 12 mcm tu.. Sampai je kat Ipoh, terus check in kat hotel.. Utk trip kali ni, saya telah pilih Regalodge Hotel. 3 minit je nak sampai ke Ipoh Parade..hotel nie mmg cantik, sgt simple and very comfortable.. service mmg tip top. Service mmg terbaik.. Sape2 yg berminat nak ke Ipoh, boleh la dapatkan khidmat hotel ni. Pasti x menyesal..

Hari 1

sempat lg selfie sebelum mulakan perjalanan
Bismillah 



Lepas rehat dan solat, dlm pukul 3, kami berempat gerak ke Ipoh Parade utk jumpa senior Optometrist, Abg Ammar dan seterusnya ke  Lost World Of Tambun..Perjalanan ke  Lost Worls of Tambun mengambil masa lebih kurang 20 minit dari hotel.. The picture tells everthing..

Jumpa Abg Ammar kat Ipoh Parade 


kami berempat 
The main entrance 

=)


The view inside: tempat mandi-mandi.. siap ada padang utk main bola tampar


Pemandangan waktu malam 


Restoran yg sgt unik 

Di Tin Valley.. bg pengalaman utk mecari bijih timah dgn gaya mendulang

Amusement Park 

Viking =)

Ipoh street yg cantik


Banyak lg gambar sebenarnya.. x larat nk upload byk2.. hehe..  Harga masuk sgt la berbaloi.. tiket utk satu org dewasa dlm RM50 lebih.. tp, saya dpt harga RM40 seorg sebab sy gunakan travelling agent hehe.. kami di Lost World nie dalam 5 jam.. x sedar dah dekat pukul 9 lebih mcm tu.. dlm pukul 10 lebih, kami keluar makan dgn Abg Ammar kat Dataran Ipoh.. nice place ..

Hari ke 2


Kami check out dari hotel dlm pukul 9 pagi dan terus menuju ke Meru sbb nak jumpa kawan K.Ros.. Sesat la jugak.. tp, alhamdulillah, sampai jugak ke Mydin Manjoi, Mydin terbesar di Malaysia.. Lepas dah makan tgh hari, rehat dan solat, kami terus menuju ke Batu Gajah sebab nak melawat tempat bersejarah, Kellie's Castle.. tempat nie mmg famous d kalangan pelancong











Lepas habis kami meneroka Kellie's Castle, kami pun bertolak ke Rawang.. Kellie's castle ni sgt cantik but at the same time, sgt menyeramkan.. ye lah, bangunan lama dan bersejarah kan.. x puas sebenarnya kat Ipoh sbb x hbs explore Ipoh lagi. InsyaAllah, ada rezeki akan ke Ipoh dgn family pulak. hehe..

Kepada mereka yg belum sampai Ipoh, u should have a visit and I'm pretty sure you will love it a lot..


Till then,
Assalamualaikum


Lots of Love

Siti Aishah