Thursday, 8 October 2015

Krabi Girl Trips 3 hari 2 malam



Assalamualaikum.

Lama sgt x update blog sbb tersgt la busy dgn working life yg sgt la hectic. Well, trip nak pergi Krabi ni x dirancang pun.. sekadar ajak2 ayam je.. kebetulan pulak, Air asia ada buat promotion tiket murah masa tu.. Then, kt berbincang dan decided utk beli tiket kapal terbang. Kami beli tiket 28 March 2015.. Yeay, Alhamdulillah.. rasa nervous jugak sbb x pernah pergi luar negara. and this is the first time kt org nak pergi luar negara.. dup dap dup dap.. 

Bila nak travelling nie, especially bila nak keluar negara, byk benda nak kena fikir.. dr segi, perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, communication barrier dan mcm2 lg lah.. 

Utk penginapan, kami pilih Villa sebab lebih selesa and lebih rasa comfortable sbb group kami terdiri drpd 5 org.. Villa yg kami pilih ialah Villa Ao Nang Krabi. Walaupun Villa ni agak secluded sikit drpd kedai- kedai, but don't worry transport boleh dpt dgn mudah.. Cuma call owner Villa nie je.. by hook or by crook, transport dah disediakan. Villa Ao Nang ni dimiliki oleh org Itali. Kiranya mcm mereka ni dah bermastautin di sini dan ada antara mereka pun yg dah berkahwin dgn org tempatan. Utk memudahkan booking penginapan , just google Booking.com, sign in dan dah boleh pilih nak penginapan apa. This is my second time using Booking.com and I'm really satisifed. Paling penting, kt x keluarkan duit utk booking pun.. Kt cuma bayar reservation kt bila dah sampai kat destinasi pilihan.

Ramai yg tnya kat saya, berapa bajet saya utk pergi ke Krabi. Secara umumnya, bajet saya dalam RM1500 - RM 2000 seorang. bajet ni dah termasuk tiket flight, penginapan villa, transport, souvenirs dan travel agency.. berbaloi2 kan.. 

5 October 2015

The day has come. Flight kami ambil tengah hari dalam pukul 1.15 petang. Jadi kami bergerak dalam pukul 8.30 pagi dr rumah masing2 dan sampai di airport dalam pukul 11.00 tgh hari macam tu. Utk memudahkan perjalanan dan x kelam kabut, it is advisable utk gerak 2 jam awal sebab kt x boleh expect traffic jam, kereta rosak la and so on.. Better sampai awal drpd terlepas flight.  Paling penting sekali, jgn lupa PASSPORT. Passport ni ibarat pas hidup kita bila nak pergi luar negara.. tersgt la penting. Masa saya buat passport hari tu, bayaran yg dikenakan ialah RM200. Passport ni valid utk 5 tahun. Berbaloi kan. 



My Passport
After dah drop luggage dan self check dkt kaunter Air Asia, kami pun menikmati sarapan di Restaurant Bibik Heritage di KLIA 2. Mcm biasa la, cari nasi lemak..takut pula terindu nasi lemak bila di Thailand nanti.. haha.. makanan sedap, harga berbaloi.. cenggini thumbs up. lepas dah makan2 kami jalan2 jap dan check in utk masuk flight. KLIA 2 tersgt la besar, boleh sesat jugak tau bila nak cari gate perlepasan. Jgn malu, jgn segan, kaunter customer service ada byk ye. 


muka x sabar nak makan 


Yeay, kami dah sampai d Krabi, Thailand. Kami check in villa dulu, simpan brg2 n terus shopping di Aonang. Max, adik owner villa dah arrangekan transport kami utk ke pekan.. layanan mereka memang tip top.. siap tunggu kami naik teksi baru balik ke office.. baik betul.. At first, kt org terus serang pantai Ao Nang.. Cuaca pun alhamdulillah. Agak baik.  Tak panas sgt, x sejuk sangat.. sedap2 je ha cuaca tu.. Pelancong ramai je yg berbikini n bertanning kat tepi pantai.. memang pemandangan mcm tu dah biasa kat sini. 

muka happy

Best moment ever. 
Kami shopping souvenirs sampai malam ye.. dalam pukul 9 pm waktu thailand.  Waktu di Thailand awal sejam ye.. Ramai peniaga yg menjual souvenirs dan gift kat sini.. Yang penting pandai tawar menawar.. Drpd harga 450 baht, boleh turun kepada 250 baht. Hebat kan perempuan bila tawar menawar. hehe

muka keletihan bila dah shopping
Bila semua dah penat shopping, mula la perut tu rasa lapar.. kruk krik sangat. Kalau dah smpi Thailand, x sah la kalau x makan tom yam dan som tam kan.. Makanan halal x susah nak cari kat sini sbb mostly masyarakat kat sini muslim.. Bahasa inggeris pun x berapa lancar sgt.. Kt pun terus jd broken english kat sana.. Tp seronok la pengalaman ni.. Somtam, tomyam dan air kelapa restaurant ni memang terbaik. Kami siap dpt diskaun 20%. Total makan2 malam tu 1775 baht. puas hati sgt =)


bergambar dulu sebelum makan 



meleleh air liur
After makan, kami terus balik ke Villa dgn menaiki tuk- tuk.. Tuk - tuk ni hanya boleh jumpa kat Thailand je tau.. Seronok sgt naik tuk- tuk. Tuk- tuk ni kenderaan motosikal + ada tempat duduk.. macam beca kat Melaka tapi version besar sikit la.. x sabar utk next adventure esoknya pulak..


6 October 2015

Alhamdulillah, 2nd day dah.. x rasa pun..Di Krabi ni, byk sgt tempat2 menarik okay.. kami x sempat pun nak pergi semua tempat.. but, its okay.. Owner Villa Mr Maurice dan Max tolong kami pilihkan package.. Then, kt decide la nak ambil package yg mereka recommend kat kami.. Package tu 7 islands tour.. Mr Maurice and Max berjaya dptkan harga best deal utk kami.. Dari harga 1800 baht kepada 800 baht seorang.. x ke jimat byk tu.. jimat sgt hokayyy.



Take turn turun ke boat 

Chicken Island 


air sgt hijau dan biru 
SubhanAllah,, this is magnificient 

Pakcage ni conducted oleh Mariam Travel and Tours..  Ada certain tempat kt cuma ambil gambar and ada tempat kt akan turun berenang dan snorkelling. kt byk guna bot besar dan ada masa kt akan pakai bot kecil.. Agency tu ambil kami kat villa dalam pukul 1.20 tgh hari.  Tour ni sampai malam tau sbb apa yg menyebabkan agency ni lain drpd yg lain ialah kami ada night snorkelling utk tgk plankton biru kat laut dalam malam2 tu.. siap ada fire work lg.. fire work sgt mantap okay.. terbaik

bot kecil 



swimming dan snorkelling dgn gembiranya

with some of the tourist 




Berlatar belakangkan laut biru 

Berlatarbelakangkan Phranang Cave 

snorkelling beramai- ramai 


Jernih sgt air kat sini 
posing sikit 

semua muka x sabar dah nie 
Fire Show 
With Book, the awesome tour guide 

Book ni suka sgt sakat kami 
So far, sy sgt berpuas hati dgn perkhidmatan Mariam Travels and Tour.. Mereka sgt friendly.. sgt concern dgn kami yg x pandai berenang nie.. hehe.. Bagi saya, pengalaman paling seronok ialah dpt tengok pulau2 ni secara live depan mata.. sebelum ni tgk kat internet je kan.. Apa yg buat sy excited night snorkelling.. x pernah dibuat org ye. Night snorkelling ni utk kt tgk plankton kaler biru dlm laut.. dpt jugak nmpk.. happy sgt. 


7 October 2015

Its time to go home dah.. sedihnya lahai sbb x terasa pn waktu tu cepat sgt berlalu.. but overall, trip ni sgt release stress and i feel fresh. Its time to face challenge outside.. mmg ada waktu kt rasa stress sgt n x sanggup nak hadapi semua ni, but take a deep breath n go for holiday ye.

Alhamdulillah, rasa happy sgt sbb cuaca pun cantik je masa trip kami d Krabi.. x panas dan sejuk sgt.. sebab kalau hujan, akan ada aktiviti yg cancel. alhamdulillah, all went well. Sedih nak say goodbye pada owner Max dan girlfriend dia, Anya... mereka sgt la friendly. 



with Max and Anya 

In front of the villa 

Our beautiful Villa Ao Nang Krabi 

Semasa trip ni, kami sering terjumpa dgn pelancong dari Malaysia jugak.. One of them is Bern.. dia sgt la friendly. Dia yg tegur kami masa beli souvenir. Last2, rupanya kami ambil package yg sama, Mariam Travel and Tours and even sama flight masa balik Malaysia. Well, nice to meet you Bern. Hope we can meet again =)


Welfie with Bern 

Check in utk balik Malaysia 

Kami sampai Malaysia dalam pukul 4.50 macam tu.. Sampai rumah dlm pukul 6 lebih jugak la.. Overall, trip Krabi ni was a succesful trip.. Kami rasa sgt2 happy and kami rasa happy sebab dpt bercuti tanpa bantuan org lain.. we feel proud of our selves.

Bagi sesiapa yg nak bercuti lain kali, utk lebih privacy, jgn la pergi time peak hour sbb kalau peak hours terlalu ramai org. plg penting, book hotel atau villa siap2 sebelum pergi ke negara org.. kt x nak la masa sampai kat negara org, bru la nak ke sana ke mari.. Duit kena siapkan secukupnya.. Jgn sesekali lupakan passport bila ke luar negara.. Apa yg paling penting, perkara yg paling seronok ialah makin ramai, makin meriah trip tu kan. the more the merrier =) 

Till then, Assalamualaikum

Ps: seronok sgt bila bercuti ni.. kt lari sikit drpd kebiasaan rutin hidup yg kadang2 membosankan. Do reward yourself ya. Have fun and good luck





With Love,
XOXO

Siti Aishah 












Tuesday, 10 March 2015

Atmosphere 360


Assalamualaikum, readers.

It has been a while.. lama x update cerita terbaru dlm blog ye. Ni pun curi-curi masa waktu cuti untuk update perkembangan terbaru..

Alhamdulillah, 16 Februari 2015 hr tu, the trios ( saya, Kak Ros dan christina) pergi makan di restoran yg sgt ekslusif di Kuala Lumpur..Teringin pulak rasanya jadi VVIP. It was unexpected plan pun.. Plan gitu2 je, tapi menjadi jgk. 

So, here story sharing session.. Tempat yg sgt ekslusif tu di Revolving Restaurant, Menara Kuala Lumpur..  wuhuu.. sampai jugak ke sini ye.. last visit pun masa tadika. Bayangkan dah berapa puluh tahun lepas.. lama betul tu. 

Menara Kuala Lumpur, salah satu tempat simbolik yang melambangkan Malaysia dengan ketinggian 282m.  Kami ke Menara Kuala Lumpur dgn menggunakan pengangkutan awam.. sgt eco friendly ok... perjalanan dr rawang- kl sentral- bukit nanas.. Sampai ke bukit nanas, kena  jalan jauh lagi. sempat la jugak exercise, burn all the bad calories, pas tu bru smpi ke menara kl, kat sana top up energy balik utk makan puas2.. Sampai je kat pintu pagar menara KL, nasib baik la ada shuttle bas bawak naik ke atas.. fuh, lega..

so, all the ladies out there yg nak naik public transport utk ke sini pada waktu malam, elok la berteman ye. 
Kami makan kat atas


Sampai kat sana, kami terus ke kaunter pertanyaan. Bagi sesiapa yg berminat untuk menikmati suasana makan malam di sini, it is advisable utk beli tiket secara online awal2 ye..better seminggu awal sbb restoran nie selalunya fully booked even on weekdays.. kaau terus dtg walk in, x semestinya boleh makan terus. kena jadi waiting list..

Untuk naik ke atas menara Kuala Lumpur, ada 2 pakej.. sama ada naik atas utk terus pergi ke observatory deck atau observatory deck + revolving restaurant.. harga utk 2 pakej mmg berbeza..Untuk satu org makan, harga RM179++.. jadi siap2 la bawa duit lebih ye.. utk observatory deck sahaja RM70++ satu org.. jom la kt menabung awal2 kalau nak ke sana lagi. Gambar kat bawah ni di observatory deck.
tgh menghendap apa ntah 

excited =)

kagum dgn view



Untuk bahagian makanan pula, utk menu dinner, kami disajikan dgn sajian ala carte.. ada Western n Malay fusion. macam2 ada.. dari makanan berat kepada dessert.. Makanan ok la.. boleh tahan.. Alhamdulillah, kenyang la jugak malam tu..  Sambil makan, siap ada pianist mainkan piano lagi.. wau, romantik sgt.. what I can conclude, kt bayar mahal utk amazing view tu.. view satu Kuala Lumpur dari ketinggian 282m. kena dtg at least sekali dan rasa pengalaman tu especially utk special event mcm birthday atau anniversary.









Restoran ni tutup pukul 11 malam ye.. Seronok juga sekali sekala dpt bagi reward pada diri sendiri setelah penat bekerja.. Its worth to explore the world outside you..  Kalau nak tahu lebih lanjut pasal restoran ni, feel free to visit the website http://www.atmosphere360.com.my/..


Till then,


Assalamualaikum

Lots of love 

Siti Aishah 








Tuesday, 16 December 2014

Diagnosis

Assalamualaikum, 

Hari nie rasa sgt excited nak review satu buku.. buku terlaris di PBAKL 2014.. woot, dahsyat tak.. 

Title of the book : DIAGNOSIS


Tajuk yg simple, satu perkataan je tapi buku ni sgt menarik dan sgt fresh.. Kalau nak lari dari genre novel cinta yg sgt cliche dan berlambak kat Malaysia nie, Diagnosis is definitely a correct option. Ye lah, kalau asyik disuap dgn cinta kontrak, cinta dua darjat, cinta terhalang, cinta, cinta etc, tentu muak kan.. So guys, this book is a MUST read..


Buku nie sbnrnya adik yg punya.. Dia yg excited suruh baca sbb dia kata best.. satu hari tu, x tahu nak buat apa kan, kehidupan single la katakan,  ambil la jugak buku nie, terus melekat baca ok.. satu hari pun dah habis.. Dulu masa belajar, boleh la habiskan satu novel tu sehari semalam. Semenjak dah kerja nie, seriusly tak ada masa terluang sgt.. masa terluang pun masa cuti la kan. 

 Jom kt mula cerita mengenai buku ni serba sedikit ye 

Muka depan 

Muka belakang 

Buku nie ditulis oleh 3 orang doktor yg sgt hebat.. Walaupun sibuk bekerja sbg doktor, tapi masih boleh hasilkan karya yg hebat mcm nie.. they deserves big claps.. Buku nie simple je.. buku nie bukan kisah novel meleret, tapi semuanya cerita pendek2 je berdasarkan kehidupan realiti mereka sebagai doktor.. Walaupun kt nie bukan doktor, boleh baca ok.. buku ni utk bacaan umum.. kalau ada bahasa saintifik tu, akan disertakan sekali dgn maksud bahasa saintifik tu..so, no worries.. 


Contoh cerita yg buat saya sgt tersentuh adalah mengenai pengorbanan seorg isteri menjaga suaminya.. Dalam tempoh yg sama, si isteri menolong suami utk menjaga solat dgn menolong suami mengambil wudhu di katil pesakit.. so touching dan sgt terharu.. so guys, dari sini kt nampak penulis nak menekankan betapa pentingnya solat tu sebagai perantara hubungan kt dgn Allah walau apa keadaan sekali pun.. Jom kt sama2 berusaha jaga solat kt ye, sy pun masih byk kekurangan.. InsyaAllah.. Ada byk lagi cerita dlm buku nie: cerita pakcik pakai susuk besi, cerita denggi vs dengki, cerita perkahwinan dan lain2. nak tahu, kena la baca sendiri.. =P


Apa yg buat saya kagum dgn mereka adalah niat mereka utk menjadi doktor bukanlah sebab nak berlagak, glamour dan rasa hebat, tapi mereka jadi doktor sbb ibadah.. betul2 ikhlaskan niat kerana Allah Taala..  apa yg menariknya dalam setiap satu cerpen, mesti akan diselitkan satu ayat Al-Quran atau hadis berkaitan dgn situasi sebenar masa tu.   Kena niatkan apa pun kerana Allah.. Automatik jadi ibadah kan,,Buku nie sgt santai, olahan penulisan sgt kemas dan segar dan sgt memberi inspirasi.. 


Kawan2, jgn lupa dptkan buku ni di kedai buku berdekatan

sy bagi 10 bintang  dr 10 bintang.. sgt puas hati, ok..=)

DIAGNOSIS
Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Dubook Press 
142 Muka surat 

p/s: tak sabar nak tunggu Diagnosis 2.. terbaik.. 

till then, Assalamualaikum 

Lots of love:
Siti Aishah 

















Tuesday, 9 December 2014

Graduation + Short Trip



 Assalamualaikum, readers..

1 Disember 2014, UITM Shah Alam

Tarikh bermakna utk sepupu saya nur miati, since it is her graduation day.. Tahniah kpd miati..
Alhamdulillah.. all the struggles worth it. Jauh datang dari Kota Kinabalu utk graduation. semoga berjaya dalam bidang pekerjaan pula.. InsyaAllah


 we're happy
We're happy 




Selepas dh hbs acara konvokesyen dan acara pemulangan jubah, saya dan family decided nak bawa mereka jalan2 d Kuala Lumpur dan makan2. so, for a short trip kami sekeluarga pg ke KLCC.. lama betul x pg KLCC.. last pg pun masa zaman universiti masa ada program..  Pemandangan KLCC pada waktu malam tersgt la cantik.. dgn pertnjukan air pancut yg ikut irama lagu.. so fascinating. Kami solat maghrib dan isyak di Masjid As-Syakirin, KLCC.. View dari luar ada rupa masjid di Madinah.. 


Masjid yang cukup indah










air pancut yg sgt mengasyikkan 


muka penat dan happy at the same time 

Lepas dah puas jalan2 di KLCC, kami sekeluarga menikmati makan malam di Nailis yg terletak di Sentul. Restoran ni x jauh sgt.. Makanan yg disediakan pun ada macam2 pilihan.. Dari makanan western, malay dan macam2 lg.. servis cepat. makanan sedap.. decoration restoran pun cantik dan harga sgt berpatutan.. Owner restauran ni org Islam. Jadi, makanan halal x jadi isu..

restoran nailis dari luar 

decoration dalam yg unik 


sebelum makan  
selepas makan.. ketara sgt lapar, tinggal tulang2 je 

Lepas dah habis2 makan, kami pun bertolak ke Rawang.. Letih seluruh anggota badan sebab seharian berjalan.. Tapi, sgt  berbaloi sbb masa2 berharga dapat dihabiskan sehabis baik bersama family tercinta.. Hargai lah masa terluang yg ada.. 

I think thats all for today.. InsyaAllah, till we meet again for the next post..


Lots of Love

Siti Aishah 














Thursday, 20 November 2014

Annual Grand Dinner Focus Point 25th years

Here's a great story to be share to all

Last week, Focus Point telah menganjurkan annual grand dinner di Majestic Hotel, Kuala Lumpur..Dinner nie melibatkan semua staf pekerja Focus Point satu Malaysia.. Hotel tu pun quite ok.. Lokasinya pun agak strategik.. di tengah2 ibu kota. walaupun sesat sekejap, tapi akhirnya jumpa jugak.. Big clap for me since I'm the driver on that day.. yeay.. and parking fee utk Majestic Hotel pun quite affordable jugak.. RM10 per entry.. kira berbaloi jugak sbb ada certain hotel yg charge RM6 per hour.. mahalnya ..

So here a few pictures on that day






So, menu of the day lebih kepada chinese + western fusion. Makanan quite ok, cuma ada certain makanan yg x berkenan di hati.. yelah, semua org ada cita rasa masing2 kan. whatever it is, the food and service quite ok..

with beautiful ladies..

Staff of Tesco Rawang ( k.ekin nak pindah dah.. sob2) 

muka x sabar nak makan 

3 ladies 

With Optom buddies.. dah macam reunion rasanya.. how i miss my study time 

Bersama ana yg comel,  coursemate.. dh jadi colleague mate pulak





bersama atin yg comel, my junior optometrist

Seronok jg berdinner besar mcm nie sbb ramai kawan2 dr satu company yg kt jumpa.. dpt jumpa senior masa UKM dulu, Kak Ala dan abg ammar, tp x sempat nk ambil gmbr..

A big clap for the company, Focus Point Vision Care sbb anjurkan dinner yg meriah jg.. Of course, setiap majlis tu ada lebih dan kurang.. But, boleh improve lg next time.. Dinner mcm nie mmg perlu as a boost utk staff kerja lebih baik dan staff akan rasa lebih dihargai..

For readers, bila nak cek mata, jumpa la optometrist anda yg bertauliah ye.. Ramai optometrist yg kerja kat Focus Point.. You can find us there.. Siap promote pulak.. hehe..

So, thats all.. happy reading and till we meet again for next post.. InsyaAllah..


Lots of Love

Siti Aishah