Tuesday, 16 December 2014

Diagnosis

Assalamualaikum, 

Hari nie rasa sgt excited nak review satu buku.. buku terlaris di PBAKL 2014.. woot, dahsyat tak.. 

Title of the book : DIAGNOSIS


Tajuk yg simple, satu perkataan je tapi buku ni sgt menarik dan sgt fresh.. Kalau nak lari dari genre novel cinta yg sgt cliche dan berlambak kat Malaysia nie, Diagnosis is definitely a correct option. Ye lah, kalau asyik disuap dgn cinta kontrak, cinta dua darjat, cinta terhalang, cinta, cinta etc, tentu muak kan.. So guys, this book is a MUST read..


Buku nie sbnrnya adik yg punya.. Dia yg excited suruh baca sbb dia kata best.. satu hari tu, x tahu nak buat apa kan, kehidupan single la katakan,  ambil la jugak buku nie, terus melekat baca ok.. satu hari pun dah habis.. Dulu masa belajar, boleh la habiskan satu novel tu sehari semalam. Semenjak dah kerja nie, seriusly tak ada masa terluang sgt.. masa terluang pun masa cuti la kan. 

 Jom kt mula cerita mengenai buku ni serba sedikit ye 

Muka depan 

Muka belakang 

Buku nie ditulis oleh 3 orang doktor yg sgt hebat.. Walaupun sibuk bekerja sbg doktor, tapi masih boleh hasilkan karya yg hebat mcm nie.. they deserves big claps.. Buku nie simple je.. buku nie bukan kisah novel meleret, tapi semuanya cerita pendek2 je berdasarkan kehidupan realiti mereka sebagai doktor.. Walaupun kt nie bukan doktor, boleh baca ok.. buku ni utk bacaan umum.. kalau ada bahasa saintifik tu, akan disertakan sekali dgn maksud bahasa saintifik tu..so, no worries.. 


Contoh cerita yg buat saya sgt tersentuh adalah mengenai pengorbanan seorg isteri menjaga suaminya.. Dalam tempoh yg sama, si isteri menolong suami utk menjaga solat dgn menolong suami mengambil wudhu di katil pesakit.. so touching dan sgt terharu.. so guys, dari sini kt nampak penulis nak menekankan betapa pentingnya solat tu sebagai perantara hubungan kt dgn Allah walau apa keadaan sekali pun.. Jom kt sama2 berusaha jaga solat kt ye, sy pun masih byk kekurangan.. InsyaAllah.. Ada byk lagi cerita dlm buku nie: cerita pakcik pakai susuk besi, cerita denggi vs dengki, cerita perkahwinan dan lain2. nak tahu, kena la baca sendiri.. =P


Apa yg buat saya kagum dgn mereka adalah niat mereka utk menjadi doktor bukanlah sebab nak berlagak, glamour dan rasa hebat, tapi mereka jadi doktor sbb ibadah.. betul2 ikhlaskan niat kerana Allah Taala..  apa yg menariknya dalam setiap satu cerpen, mesti akan diselitkan satu ayat Al-Quran atau hadis berkaitan dgn situasi sebenar masa tu.   Kena niatkan apa pun kerana Allah.. Automatik jadi ibadah kan,,Buku nie sgt santai, olahan penulisan sgt kemas dan segar dan sgt memberi inspirasi.. 


Kawan2, jgn lupa dptkan buku ni di kedai buku berdekatan

sy bagi 10 bintang  dr 10 bintang.. sgt puas hati, ok..=)

DIAGNOSIS
Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Dubook Press 
142 Muka surat 

p/s: tak sabar nak tunggu Diagnosis 2.. terbaik.. 

till then, Assalamualaikum 

Lots of love:
Siti Aishah 

















2 comments:

  1. Diagnosis 2 nnt Dr Fatin Liyana is one of the writers. :) kite dah baca psal diagnosis ni dlm blog FL. hehe

    ReplyDelete
  2. kyn, betul2.. tu yg lg x sabar nak baca tu sbb ada FL.. hehe.. kyn dh baca buku nie ke?

    ReplyDelete